TUGAS
JURUGAMBAR DIMAJLIS PERKAHWINAN
Jurugambar merupakan
orang penting dalam perjalan dimajlis perkahwinan dalam kita tidak sedar. Boleh
dikatakan sebagai pengaturcara tidak rasmi bagi majlis perkahwianan anda.
Mengapa?
-Antara tugas
jurugambar adalah untuk memastikan setiap “syarat” jurugambar perkahwinan
lengkap adalah dengan babak @ moments yang perlu diterjemahkan dalam bentuk
karya photografi.
-Ini kerana
sudah semestinya pengantin inginkan gambar setiap majlisnya tidak terlepas dari
lauk, tetamu yang hadir, dan juga pergerakan pengantin itu sendiri. Boleh dikatakan
pengantin nak tengok suasana majlis mereka. Kerana sudah pasti waktu majlis
pengantin akan sibuk melyan tetamu adakalanya lauk untuk tetamu pun pengantin
tak sempat tengok.
-Dan ini
merupakan tugas seorang jurugambar untuk menyimpan setiap saat majlis
berlangsung untuk dilihat oleh pengantin selepas majlis berlangsung.
- jurugambar professional
akan menitik beratkan semua ini, kadang tanpa kita sedar pun setiap isu wajib
tersebut beliau telah lakukan.
-
jurugambar juga manusia biasa, jika lihat beliau tengah rehat untuk minum atau
makan pula, jangan pula marah dan kata beliau curi tulang.
-
yakinlah setiap jurugambar professional akan lakukan tugas dengan penuh atika
dan akan cuba sebaik mungkin menghasilkan gambar yang terbaik untuk pelanggan.
-
selalunya jurugambar professional akan mengatur setiap pergerakkan pengantin
bermula dari perarakkan masuk pengantin sehinggalah “outdoor”
-
kerana setiap jurugambar mempunyai “workflow” mereka dalam memenuhi “syarat
gambar majlis perkahwinan” dalam masa yang sama tidak terus mengawal pengantin
100% .
-
pegantin akan diberi ruang untuk melayan tetamu, dan berehat seketika.
-
jika kedua pihak memberikan kerjasama yang baik. Setiap gambar akan lebih
menarik dan berkualiti.
- DISARANKAN
kepada bakal pengantin @ pelanggan, sebelum majlis berjumpa dahulu dengan
jurugambar anda untuk membincangkan aturcara majlis seperti : masa rombongan
tiba, warna baju, warna pelamin, gimik diwaktu majlis (jika ada) contohnya :
pertunjukkan silat. Ini memudahkan jurugambar
untuk membuat persediaan rapi.
-
bina hubungan rapat dengan jurugambar sebelum majlis seperti jadikan seperti
kawan supaya nanti dihari majlis jurugambar dan pengantin akan rasa lebih
selesa dan mudah untuk berkomunikasi dan mencapai mood yang terbaik. HARUS
diingat mood yang baik sangat penting dihari majlis. Bagi melahirkan gambar
gambar yang ceria dan berkualiti.
-
kerjasama anda dan pihak majlis amat diperlukan oleh seorang jurugambar bagi
menghasilkan gambar yang berkualiti dalam masa yang sama melengkapkan setiap
saat dihari bahagia anda.
-
akhir sekali : pilihlah jurugambar yang anda sendiri berminat dan telah pun
anda melihat hasil hasil karya beliau. (jika pentingkan kualiti harga bukan
jadi persoalan)
Comments
Post a Comment