BAZAR STADIUM DARULAMAN 2017
Antara bazar ramadhan yang paling popular dikalangan rakyat kedah terutama di kawasan alor setar. terletak di tengah bandar alor setar dengan kawasan pakir yang luas. walaubagaimanapun parking agak mencabar jugak lah untuk dapat memandangkan ramai pengunjung yang pergi. dicadangkan sesiapa yang nak pi tu. menggunakan motosikal bagi memudahkan mendapatkan parking. tapi had pembelian terhad lah ye. maklum la naik motor tak boleh bawa banyak sangat barang. pada abang abang boleh la jimat sikit kalau bawa cik kak pi shopping kan..
Menu yang terdapat disana terlalu banyak dan pelbagai. dengan kuih muih, minuman, lauk pauk, nasi, ayam panggang, ikan bakar, daging bakar, dan pelbagai lagi.bagi saya segalanya nampak menarik dan lazat. kerana setiap menu yang terhidang mempunyai keistimewaan tersendiri. bila sampai je kawasan parking, hidung mula terhidu bauan enak makanan terutama makanan bakar bakar ni. ada pelbagai jenis menu ikan bakar, seperti ikan temenung ( kembung ), ikan terubok, dan bermacam spesis lagi. ada juga menu seperti shellout yang baunya sangat menyelerakan. kuih muih pula terdiri dari plbagai jenis, anataranya kuih tepung talam, kuih kuaci, kuih cucur badak, dan bermacam lagi. air pulak pelbagai perisa, dan jugak pelbagai guna. kiranya sesiapa yang pi tentu rambang mata tak tau nak beli apa.
Suasana di tapak bazar seperti biasa meriah dengan suara penjual penjual yang mempromosikan juadah mereka. pengunjung pulak ramai yang datang memeriahkan lagi suasana bazar stadium ini. tetapi jika anda membawa anak kecil dinasihatkan agak berhati hati kerana suasan disitu agak padat dan asap dari pembakaran mungkin serba sedikit mempengaruhi anak anda.
Antara suasan bazar petang tadi :
*foto dari kamera smart phone*
http://weddingphoto.wasap.my
https://www.facebook.com/PHOTO-BY-Tok-Batien-184484642033931/?ref=aymt_homepage_panel
https://www.instagram.com/tokbatien/
http://photobybatien.blogspot.my/
Comments
Post a Comment