Majlis Kahwin Yang Sempurna Dan Teratur



Majlis Perkahwinan Yang Sempurna

1)          Selesaikan segala pembayaran berkenaan majlis perkahwinan. Contohnya : pembayaran berkenaan

-       JURUGAMBAR
-       KATERING
-       PELAMIN & BUSANA

2)          Kemaskini setiap tempahan atau re-comform semula dengan pihak yang diatas selewatnya 1 MINGGU SEBELUM.

3)          Lantik seorang pengelola majlis yang akan atur setiap perkara semasa majlis berlangsung. Terutama dari segi aturcara majlis.-

-       Berkenaan perjalanan majlis dari susunan pelamin, meja makan, tempat menunggu tetamu untuk tuan rumah dan aturcara majlis.

-       Menguruskan perjalanan majlis ketika mempelai sampai. Mengatur meja untuk pihak rombongan. Mengatur goodies bag untuk pihak rombongan.


4)          Selalunya perjalanan untuk pengantin adalah seperti berikut:

A)         Ketibaan rombongan dimulakan dengan pengumuman dj radio.

B)         Rombongan akan diarak dengan pasukan kompang @ gendang silat (jika ada)

C)         Kedua pengantin akan berjumpa tuan rumah untuk salam.

D)        Rombongan akan di arak ke meja makan untuk majlis santapan.

E)          Selepas semuanya selesai makan (pihak rombongan dan pengantin)

F)           Mereka semua akan dibawa ke pelamin untuk sesi bergambar.

G)        Selesai sesi bergambar, pengantin akan diberi masa untuk bertemu tetamu majis .

H)        Bila pihak rombongan ingin pulang, pengantin akan dipanggil untuk bersalaman dengan semua rombongan. Waktu ini beri ruang untuk mereka berbual dan selfie juga.

I)              Setelah selesai, pengantin akan sambung berjumpa tetamu yang hadir. Waktu itu jurugambar akan mengambil moment CANDIT pengantin.

J)             Setelah itu, pengantin akan dibawa ke pelamin untuk sesi bergambar (posing yang akan diatur oleh jurugambar)

K)          Dalam masa itu jugak, tetamu boleh bergambar dengan pengantin dipelamin.

L)           Selesai segi bergambar di pelamin, pengantin akan dibawa masuk ke bilik untuk sesi bergambar didalam bilik. (selalunya tidak mengaambi masa yang lama)

M)    Setelah selasai, pengantin akan ke pelamin semula, dan ahli keluarga akan dipanggil untuk sesi bergambar, keutamaan untuk ahli keluarga yang terdekat conthnya ayah dan emak pengantin, adik beradik dan disusuli sedara mara.

N)       Selesai sesi bergambar, pemgantin akan diberi masa untuk “take five” berehat seketika.

O)       Pengantin akan dibawa oleh jurugambar untuk sesi “OUTDOOR”.

P)          Setelah selesai sesi OUTDOOR pengantin akan pulang ke rumah.

Q)       P/s : selalunya jurugambar akan tolong atur setiap pergerakkan pengantin.






Comments