TIPS JURUGAMBAR PERKAHWINAN MELAYU PART 2 (AKAD NIKAH)



TIPS JURUGAMBAR PERKAHWINAN MELAYU
PART 2 (AKAD NIKAH)

1.  MASA
Pastikan pengurusan masa yang bijak, tiba awal dilokasi majlis.
2.  DI LOKASI
Pastikan lokasi betul, check dengan pihak pelanggan atau pengantin.
3.  MOMENT
Ambil gambar saat pengantin sampai, gambar (candit)
4.  ADAP
Selalunya majlis akad nikah akad diadakan di masjid, pastikan adap kita baik ketika di kawasan masjid.
5.  TEMPAT
Pilih tempat yang sesuai untuk mengambil gambar akad nikah. Kurangkan pergerakan kesana kesini di dalam masjid, ini kerana akan menganggu perjalanan majlis.
6.  GAMBAR.
Sebelum duduk di tempat yang sesuai, ambil gambar pengantin perempuan terlebih dahulu. Contohnya ketika pengantin sedang duduk dan bersedia untuk melangsungkan majlis.
7.  GAMBAR 2
Setelah duduk dikedudukan yang baik. Ambil gambar moments sebelum akad nikah dijalankan. Antara gambar yang boleh di ambil : riak muka pengantin lelaki, tetamu, kadi dan wali, gambar gambar object juga membantu, cntohnya gambar sijil nikah, boring nikah, kad pengenalan dan hantaran, seperti cicin atau gelang dan mas kahwin.
8.  GAMBAR 3
Gambar saat tangan dijabat, akad nikah dilafazkan dan setelah lafaz akad nikah selesai, cuba cepat cepat ambil gambar riak muka pengantin perempuan, ahli keluarga seperti mak atau ayah pengantin.
9.  GAMBAR 4
Ambil gambar saat pengantin membaca taklik, gambar pengantin tanda tangan, gambar pengantin bersalaman dengan kadi dan lain lain.
10.                   GAMBAR 5
Gambar serah mas kahwin, gambar pengantin lelaki dan perempuan salam (batal air sembahyang) , gambar sarung cincin, dan gambar bersama ahli keluarga. ** sesetengah masjid tak boleh bergambar seperti itu. Boleh bergambar dirumah pengatin.
11.                   GAMBAR 6
Di rumah, ambil gambar di atas pelamin, jika boleh ambil skali lagi babak serah mas kahwin, salam, dan sarung cincin, serta gambar keluarga, buat pose dipelamin. Dan selesai….

“NANTIKAN SAMBUNGAN PART 3…..”



http://weddingphoto.wasap.my

https://www.facebook.com/PHOTO-BY-Tok-Batien-184484642033931/?ref=aymt_homepage_panel

https://www.instagram.com/tokbatien/

http://photobybatien.blogspot.my/

atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500


Comments