TIPS JURUGAMBAR PERKAHWINAN MELAYU PART 3 (HARI MAJLIS)



TIPS JURUGAMBAR PERKAHWINAN MELAYU

PART 3 (HARI MAJLIS)


1.                       MASA :
Pastikan tiba awal di majlis. Sekurangnya sejam sebelum.

2.                       GAMBAR SUASANA :
Ambil gambar suasana majlis, gambar tetamu, saudara mara, kemeriahan majlis dan paling “PENTING” ayah dan mak pengantin. Jika tiada, ambil gambar tuan rumah contohnya abang atau kakak pengantin.

3.                       GAMBAR TAMBAHAN :
Gambar meja makan tanpa pengantin, gambar pelamin tanpa pengantin, gambar hantaran (jika ada), gambar lauk pauk, goodies bag, streamer @ banner, prop Dan sebagainya.. (lebih kepada gambar benda)

4.                       PENGANTIN :
Dari ketibaan, salam dengan mak ayah, makan beradap, atas pelamin, dalam bilik, group foto, dan candit pengantin. (jangan lupa gambar sahabat “bridgesmaid” dan saudara pengantin juga)

5.                       SESI OUTDOOR :
 pastikan lokasi yang bersesuaian terutama dengan pakaian pengantin, lebih elok jika tempat yang warnanya kontra dengan pakaian pengantin supaya gambar pengantin tidak “tenggelam” dengan latar belakang.

6.                       MESRA :
Pastikan sentiasa dalam mood ceria dan mesra dengan pengantin dan juga setiap orang dimajlis, murahkan senyuman, bina perhubungan yang baik dengan setiap orang supaya mereka selesa dengan kehadiran kita. Harus diingat, kita merupakan orang “luar” bagi mereka.

7.                       KOMITMENT :

Berikan 100% komintment anda ketika melakukan tugas, mereka memilih kita kerana percaya, yakinkan bahawa pilihan mereka tepat.


https://www.facebook.com/PHOTO-BY-Tok-Batien-184484642033931/?ref=aymt_homepage_panel

http://weddingphoto.wasap.my

https://www.instagram.com/tokbatien/

http://photobybatien.blogspot.my/

Comments