TIPS MEMANDU PULANG BERAYA




TIPS MEMANDU PULANG BERAYA

1.   RANCANG PERJALANAN
Pilih masa dan laluan anda terlebih dahulu. Seeloknya ambil tahu terlebih dahulu tentang laluan yangakan anda lalui.

2.   SEGAR
Pastikan anda rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Pastikan dalam keadaan cergas dan segar semasa ingin memulakan perjalanan.

3.   BEKALAN
Bawa minuman yang secukupnya, air masak juga bagus, dan juga jangan lupa alat telekomunikasi anda seperti telefon. Pastikan cas yang penuh dan kreadit mencukupi serta tidak tamat tempoh.

4.   TEMAN
Bawa teman dapat membantu anda dalam perjalanan, sekurangnya dapat teman berborak supaya anda tidak merasa bosan dan mengantuk. *jangan salah pilih teman, jika teman kaki tidur yang anda bawa, mungkin tips ini tidak berguna.

5.   HAD LAJU
Malang memang tidak berbau, tapi sekurangnya jika mematuhi had laju, kadar peratusan penyebab kemalangan boleh dikurangkan. Harus diingat “AES” tidak pernah tidur.

6.   BERHENTI
Jika merasa letih atau mengantuk, jangan paksa diri, berhenti rehat di RNR terdekat. Jangan berhenti di bahu hightway!
“ kampng anda takkan lari kemana “

“SELAMAT HARI RAYA”
-JADILAH PEMANDU YANG BIJAK-

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT





Comments