ALAM PERKAHWINAN


ALAM PERKAHWINAN 



Firman Allah سبحانه وتعال

ى dalam Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49 :
وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ﴿٤٩﴾
“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”

Perkahwinan adalah satu sunnah, dan juga merupakan satu ibadah, 
harus diingat, setiap ibadah pasti ada cubaan dan godaan, 
sebagai manusia, pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan samada berpunca dari diri sendiri atau orang lain.
bagi menunaikan ibadah ini, kesabaran amat penting sekali, jangan mudah melatah, dan haruslah sentiasa memberi ruang dan peluang.
bagi sesetengah manusia, ada yang mengambil masa yang singkat untuk berubah, ada yang mengambil masa yang panjang.
kita sebagai pasangan haruslah memahami diri masing masing, peluang, ruang, dan pegorbanan amat penting dalam sesebuah perkahwinan (asalkan tidak melampau)
meminta maaf dan memaafkan amat berkait rapat dan penting demi keharmonian rumah tangga.
kita haruslah memikirkan secara positif dan tidak membandingkan dia dengan orang lain, kerana setiap manusia tidak sama. 
susah senang dalam menjalani alam rumah tangga sentiasa berkait rapat, ada pasangan diuji dengan kesenangan dan ada juga diuji dengan kesempitan. tugas setiap pasangan adalah saling mmbantu, saling menghormati, saling memahami..
jika timbul permasalahan dalam rumah tangga, elakkan dari pendapat orang ketiga (yang tidak layak). *boleh rujuk pejabat agama*
hiduplah dalam keharmonian rumah tangga sebaiknya.. rumah tangga ibarat cuaca.. kadang hujan, kadang panas, kadang ribut, kadang dingin, kadang mendung.
**ALLAH tidak akan menguji umatnya diluar batas kemampuan. sabar...**




Comments