TANGGUNGJAWAB DAN HAK SELEPAS BERKAHWIN
Rasulullah SAW dalam
hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya
kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda
menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku
bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda
menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu
kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)
Sudah menjadi
keutamaannya sebagai isteri untuk mendahulukan hal suami dan anak-anak sebelum
keluarganya sendiri. Malah, kalau ditakdirkan yang kedua-dua ibu si suami dan
isteri sakit tenat serentak, si isteri hendaklah pulang mengikut suaminya
menziarahi ibu mertuanya terlebih dahulu sebelum menjenguk ibunya sendiri.
Nabi SAW ada bersabda
yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa
sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika
berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari
pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’
no. 660, 661)
Malah, ibu bapa perempuan
itu pula mendapat pahala di atas ketaatan anaknya pada suami.
Tanggungjawab sebagai
anak akan dipenuhi selepas tanggungjawab "terpindah" sebagai suami
isteri dipenuhi. Namun, tak semua tanggungjawab pada ibu bapa mesti kita patuh.
Ada batas dan had-had yang mesti diketahui supaya tidak diambil kesempatan.
Perlu diingat juga,
hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan KEPERLUAN sahaja,
bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Hadis yang bermaksud :
"Sekiranya aku memerintah seseorang supaya sujud kepada seseorang ,
nescaya aku akan memerintahkan seorang perempuan supaya sujud kepada
suaminya."
Hadis ini adalah
sahih. Ia diriwayatkan oleh Al-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Ia menunjukkan
betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri kepada suami yang merupakan ketua
rumah tangga. Apabila suami dan isteri saling menunaikan tanggung jawab
masing-masing Insya Allah, rumah tangga mereka merupakan sebuah taman yang
diberkati oleh Allah .
Comments
Post a Comment